Peluang Keemasan Bermula Dari Rumah

Saya bernama Henry. Saya sudah menceburi dalam bidang internet selama kira-kira 2 tahun. Banyak yang telah saya pelajari dari internet. Pengalaman bercampur bermacam-macam perasaan telah pun saya rasai. Pencarian duit melalui internet sememang boleh(bisa) terjadi, cuma anda perlukan lebih masa ,kesabaran,keteguhan,kegigihan dan penumpuan sepenuhnya ke atas apa saja yang anda buat(bikin) sekarang. Yakan?

Akan tetapi, sembilian puluh lapan peratus(98%) affiliate marketers gagal menjana duit melalui internet. Apakah ini kesalahan anda? Kenapa tidak anda berjaya dalam usaha anda? Bukankan impian kita mahu mencapai cita-cita kita supaya dapat membina pendapatan yang lumayan disamping memiliki masa yang cukup bersama anak-anak dan keluarga kita?

Saya menasihatkan anda jangan terasa serba salah kalau anda tidak boleh atau tidak pernah berjaya mendapatkan sedikit rezeki dari internet online. Bukan kita yang tak tahu, bukan kita yang tidak berpengalaman, bukan kita tiada peluang dan sebagainya.

Di sini saya berbesar hati ingin berkongsi pengetahuan saya dengan secara memberi pendapat-pendapat  tersendiri. Ini demi kefahaman, kepercayaan serta sedikit sebanyak tentang saya. Jadi, Secara kasar, saya senaraikan  beberapa Sebab-sebab anda gagal dalam usaha mencari duit melalui internet:

  1. Tidak memiliki program yang tersendiri. Anda hanya bantu pencipta program menjana pendapatan menerusi pengiklanan percuma. Anda membina blogs seperti blogger, Squid, Typepad,Weebly, Joomla, Hubpages, WordPress dan lain-lain. Sasaran anda adalah supaya ada yang membaca blog anda dan seterusnya menjual melalui affiliate link yang anda perolehi daripada pencipta asal ataupun dari Clickbank, Commission Junction, AMazon, Shaleasale Linkshare, Ebay, Zazzle dan macam-macam lagi.
  2. Blog anda tidak ada kaitan dengan apa yang anda jual. Saya percaya kebanyakan affiliate marketers lebih cenderung membina blog secara membabi-buta. Iaitu, kandungan blog anda semacam kacang-campur, tidak ada tujuan, taruh apa saja kandungan yang sekemampuan masing-masing tersendiri dan terus berpaut kepada produk affiliate serta tidak faham permintaan pasaran terkini. Jadi, peluang anda amatlah tipis.
  3. Tidak ada kemahiran menulis. Katakan saya saja, saya bukan bagus sangat juga. Bahasa saya bukanlah yang terbagus, cuma saja cukup untuk berkomukasi dengan anda yang faham secepat kilat. Kita bukan dilahirkan untuk menjadi penulis. Kita mahu ikuti seperti orang lain-lain yang kelihatan senang dan berjaya mencari duit internet online. Sebagai contoh, Google Adsense. Sekiranya anda boleh menulis ratusan atau ribuan halaman tentang bidang anda, besar kemungkinan anda akan dapat perolehi pendapatan yang lumayan menerusi klik-klik pembaca blog anda, ya atau bukan? Jawapan saya adalah kukuh, yakni….ya dan betul!. Oleh demikian Adsense bukan untuk semua orang. Itulah kebanyakan daripada kita gagal terus.
  4. Tidak tahu muslihat sesuatu produk. Saya berasa kita sangat ghairah dari permulaan. Kita mimpi boleh jadi cepat kaya supaya hidup senang-lenang tanpa usaha kuat. Oleh itu, saat-saat kita melihat apa-apa saja produk yang indah dan pesona di pasaran, fikiran kita terus melayang jauh dengan kata-kata manis dari “Sales page” yang dipaparkan kepada kita. Semuanya kata-kata janji menjamin  pendapatan kepada anda secepat mungkin. Akhirnya, si cipta progam berjaya melibatkan anda dalam penjualan produk mereka secara percuma. Apa lagi sesetengah progam memerlukan modal permulaan. Tapi, apa boleh buat? Kan kita berasa boleh dan mahu(nekad) mencuba nasib. Kerana itu. kita cuba dari satu program ke satu program yang lain. Makanya, anda akan membazir duit ibarat ,”Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran”.
  5. Tidak tahu mengiklan secara menyeluruh. Sememangnya pengiklanan itu penting dalam semua bidang sama ada, “Online atau offline”. Ini memang bagus. Lebih bagus kalau blog itu menceritakan produk anda tersendiri. Tapi, sayangnya majoriti adalah pengikut. Sekarang, jangan fikir bina blog di sana sini bermakna anda sudah berjaya. Pengiklanan bukan semudah sebagaimana yang anda sangkakan. Senarai di sini adalah beberapa cara yang saya guna: Saya percaya ramai membina blog-blog memberi review akan sesuatu produk terbaru.
  • Memberi komentar anda pada blog-blog seperti Blogspot, Squid, wordpress dll.
  • Free Classified. Graigslist, Usfeeads, Gogohub dll.
  • Article content directories.
  • Video Marketing
  • Social networking
  • Forum-forum
  • Link exchange seperti Entrecard
  • Traffic Exchange
  • Safelists
  • PPC campaigns termasuk Google Adwords, Yahoosearchmarketing, MSN ads center, Bidvertiser dll.
  • Dan yang seterusnya.

Inilah sedikit sebanyak yang saya ingin sampaikan kepada anda bahawa saya juga seperti anda yang sedang belajar dan mengejar pengetahuan demi membolehkan kita menjana wang sekadar online sahaja .

Contoh Pendapatan

Contoh Pendapatan Diterima dari ClickBank

Cakap kosong saja, apa gunanya? Lihatlah salah satu bukti pendapatan yang saya jana menerusi Internet Online. Akan tetapi, minat saya telah berubah berbanding dengan usaha yang telah saya berikan. Bagaimana anda?

Apakah seterusnya?  Saya ingin membawa satu berita terbaik untuk kita semua. Satu berita yang memberi peluang keemasan mencari wang dan jimat wang daripada penggunaan kita tiap-tiap hari di rumah. Saya memiliki beberapa Äffiiiate programs”dan “Network-Marketing” programs, tapi tidak ada satu yang seperti ini. Produk ini ada kaitan dengan kesihatan harian kita, keluarga kita dan perlindungan alam selitar. Ya, alam selitar ,bukan alam sekitar, terpaku-bukan? Tolong sabar. Ini akan dibincangkan tak lama lagi.

Peluang ini adalah peluang terbaik anda. Jangan terlepas!

Sekian, terima kasih

Sampai berjumpa lagi

3 Responses to Peluang Keemasan Bermula Dari Rumah

  1. I’m a niche junkie in addition to work with blogs to make niche internet sites regularly. Each time My spouse and i create a new WordPress website I am certain to run specific WordPress extensions that will make SEO (search serp optimization) simple. Search engines usually prefer weblogs since they’re
    regularly current together with fresh written content which provides the
    particular bots some thing new at all to spider. You can also make search engines like yahoo rate your websites with
    all the next extensions i always use whenever My
    partner and i produce a brand new web site.

    Consider the actual SEARCH ENGINE OPTIMISATION problems since they come
    by bettering your website and then working on the additional back links and also tickets you
    will need. One of the most significant issues with SEARCH
    ENGINE OPTIMIZATION may be the information on your website, in addition
    to this can be a easiest method to begin with with organic
    leads to search engines like google.

  2. inspirasi bisnis berkata:

    I will be a niche junkie and also utilize sites to construct specific
    niche market internet websites all the time.

    Each time My partner and i make a brand new WordPress blog I am
    sure to setup particular WordPress jacks that make SEARCH ENGINE MARKETING (search
    serps optimization) simple. Search engines like google often like
    websites as they are continually kept up to date having completely new content material which
    gives this bots some thing fresh to get. You can also make search engines like google prize
    your own blogs while using following extensions that we make use of every
    time We produce a brand-new web site.

    Take the particular WEB OPTIMIZATION troubles when they come across improving your site then working
    on the excess inbound links in addition to tag cloud you
    will need. Essentially the most essential tasks of WEB OPTIMIZATION would be the information on the web
    page, and also this can be a easiest way to
    begin along with organic brings about the major search engines.

  3. Learn More berkata:

    Thanks for sharing this very good web-site.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: